TILAM SUTERA (M) SDN. BHD. (201276-V)
telah ditubuhkan pada tahun 1990 dan syarikat ini adalah 100% hakmilik
bumiputera. Tilam Sutera (M) Sdn. Bhd. telah mendapat kontrak dengan
Perbendaharaan Malaysia bagi perbekalan tilam dan bantal jenis “High Resilient
Foam” untuk kementerian, jabatan dan badan-badan berkanun bagi seluruh
Semenanjung Malaysia. Kontrak ini telah dimeterai sejak pertengahan tahun 1996
lalu dan sehingga kini kontrak ini telah mencapai usia lebih daripada 15 tahun.
Syarikat ini telah berkembang maju menjadi lebih produktif dan lebih efektif
sejak lebih dari 22 tahun dahulu dalam bidang pembuatan produk “High Resilient
Foam”.
Tilam Sutera (M) Sdn Bhd telah dilengkapi dengan
alatan dan mesin-mesin yang tercanggih dan dengan ciri-ciri teknologi yang
terkini untuk memenuhi permintaan dari pelanggan. Dengan keupayaan mesin
yangcanggih ditambah lagi dengan pekerja-pekerja yang mempunyai pengalaman
lebih dari 15 tahun dalam bidang pembuatan produk “High Resilient Foam”, ini
dapat menambahkan lagi mutu kerja yang
lebih efektif dan kualiti produk yang bermutu dari segi penyiapan kerja dalam
masa yang singkat akibat permintaan dari pelanggan yang senantiasa meningkat. Produk-produk kami ini juga telah memenuhi piawaian dan mendapat
pengiktirafan pensijilan produk iaitu MS 1268:1992 dan BS EN 14976 : 2005 dari
SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Produk-
produk syarikat kami ini juga
dilengkapi dengan penambat kebakaran (fire
retardant) bagi mengekalkan ciri-ciri keselamatan dari aspek kebakaran.
Menyedari tentang kepentingan memelihara lapisan ozon, syarikat kami
telah bertindak dengan memberi komitmen untuk menghapuskan penggunaan dan
pengeluaran bahan yang memusnahkan lapisan ozon (ODS - Ozone Depleting Substances)
melalui perjanjian antarabangsa iaitu perjanjian Protokol Montreal.
Malaysia adalah salah satu negara dari 168 negara yang telah menandatangani
protokol tersebut pada sekitar tahun 1999.
Pada tahun 2004, syarikat ini telah dinilai oleh Kementerian Alam
Sekitar dengan bantuan Protokol Montreal bagi mendapatkan alatan gantian untuk
mesin di mana mesin ini tidak akan membuat perlepasan gas CFC (Chlorofluoro Carbon) ke udara. Kajian
telah membuktikan bahawa produk ini adalah stabil penggunaannya kepada alam
sekitar.
No comments:
Post a Comment